'Genggam bara api biar sampai jadi arang'
Peribahasa 'genggam bara api biar sampai jadi arang' bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa ini merupakan nasihat yang amat baik dan berguna terutamanya kepada murid-murid yang ingin mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Kisah yang boleh dikaitkan dengan peribahasa ini ialah tentang Halim yang merupakan murid darjah enam dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sejak awal tahun, Halim tidak pernah lulus dalam ujian Matematik sedangkan subjek ini merupakan salah satu subjek yang penting. Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam hatinya kerana dia tidak mahu gagal dalam peperiksaan. Apatah lagi, mengecewakan harapan ibu dan ayahnya yang selama ini mengharapkan dia beroleh kejayaan.
Oleh yang demikian, Halim bertekad untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu berputus asa. Dia bersikap sabar serta rajin berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan. Di sekolah, Halim sentiasa bertanyakan soalan yang tidak difahaminya kepada guru Matematik. Kadangkala, Halim juga akan merujuk kepada rakan-rakannya yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menguasai setiap topik yang diajar dalam ilmu hisab itu.
Jika ada waktu terluang sama ada di rumah atau di sekolah, Halim rajin membuat latihan Matematik, terutamanya topik-topik yang sukar. Di rumah pula, Halim akan memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam setengah untuk membuat latihan Matematik yang diberi oleh gurunya. Dia juga rajin membuat latih tubi Matematik di dalam buku kerja yang dibeli oleh ayahnya. Dia gigih berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dia yakin, dia mampu memperoleh kejayaan seperti orang lain juga.
Beberapa bulan kemudian, peperiksaan UPSR pun tiba. Halim telah bersedia untuk menjawab soalan Matematik. Sepanjang peperiksaan subjek Matematik berlangsung, Halim menjawab dengan tenang dan penuh yakin. Segala kemahiran yang dipelajari digunakan ketika menjawab soalan. Setelah menanti dengan penuh sabar, akhirnya keputusan UPSR diumumkan. Halim mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu. Halim tidak menyangka dia akan mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Halim bersyukur atas kejayannya itu.
Sifat Halim yang sabar dan rajin berusaha itu telah membuahkan hasil. Kisah Halim ini wajar dijadikan pengajaran serta teladan. Hal ini demikian kerana Halim telah membuktikan bahawa dalam hidup ini, kita harus bersabar dan rajin untuk beroleh kejayaan. Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Hanya mereka yang sabar dan gigih berusaha akan mencapai apa yang diinginkan seperti peribahasa , 'genggam bara api, biar sampai jadi arang'.

Sunday, 11 November 2012
Thursday, 8 November 2012
NOTA TATABAHASA
AYAT PENEGAS
Kata Penegas ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan unsur penegasan dalam ayat.
- Contoh ayat :
a) Makanlah kek coklat yang dibuat oleh ibu saya ini.
b) Apatah yang difikirkan oleh Pak Lajis itu sehingga berkerut-kerut dahinya.
c) Siapakah yang datang ke rumah kamu semalam ?
- Contoh ayat :
a) Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya pulang ke belakang kerbau jua.
b) Mereka juga ingin mengikuti ekspedisi ke Taman Rimba Kenong.
c) Puan Julia dan anaknya pun ingin mengunjungi Pesta Kraf Kebangsaan.
d) Dif kehormat belum tiba lagi ke Dataran Semantan untuk merasmikan majlis itu.
e) Spa kecantikan itu menawarkan rawatan untuk wanita sahaja.
f) Remaja kini memang gemar akan permainan komputer yang mengujakan.
KATA NAFI
- Contoh : bukan
- Contoh ayat :
a) Rumah di atas bukit itu bukan kepunyaan Tun Syed Maulana.
b) Mereka sekeluarga bukan ke Pulau Kapas pada cuti persekolahan yang lalu.
- Digunakan juga untuk frasa kerja dan frasa adjektif hanya apabila maksudnya
bertentangan maklumat.
- Contoh ayat :
a) Kakak bukan malastetapi dia penat.
b) Yunna bukan mahu membeli apa-apa tetapi dia hendak menjamu mata sahaja.
- Digunakan untuk frasa kerja dan frasa adjektif.
- Contoh : tidak
- Contoh ayat :
a) Ibu tidak memasak pada hari ini kerana demam.
b) Dia tidak menaiki bas lagi kerana ayahnya akan menghantarnya ke sekolah.
Kata Penegas ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan unsur penegasan dalam ayat.
- Kata Penegas yang menegaskan frasa predikat.
- Contoh ayat :
a) Makanlah kek coklat yang dibuat oleh ibu saya ini.
b) Apatah yang difikirkan oleh Pak Lajis itu sehingga berkerut-kerut dahinya.
c) Siapakah yang datang ke rumah kamu semalam ?
- Kata Penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat di mana frasa nama berfungsi sebagai subjek atau frasa predikat.
- Contoh ayat :
a) Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya pulang ke belakang kerbau jua.
b) Mereka juga ingin mengikuti ekspedisi ke Taman Rimba Kenong.
c) Puan Julia dan anaknya pun ingin mengunjungi Pesta Kraf Kebangsaan.
d) Dif kehormat belum tiba lagi ke Dataran Semantan untuk merasmikan majlis itu.
e) Spa kecantikan itu menawarkan rawatan untuk wanita sahaja.
f) Remaja kini memang gemar akan permainan komputer yang mengujakan.
KATA NAFI
- Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu.
- Contoh : bukan
- Contoh ayat :
a) Rumah di atas bukit itu bukan kepunyaan Tun Syed Maulana.
b) Mereka sekeluarga bukan ke Pulau Kapas pada cuti persekolahan yang lalu.
- Digunakan juga untuk frasa kerja dan frasa adjektif hanya apabila maksudnya
bertentangan maklumat.
- Contoh ayat :
a) Kakak bukan malastetapi dia penat.
b) Yunna bukan mahu membeli apa-apa tetapi dia hendak menjamu mata sahaja.
- Digunakan untuk frasa kerja dan frasa adjektif.
- Contoh : tidak
- Contoh ayat :
a) Ibu tidak memasak pada hari ini kerana demam.
b) Dia tidak menaiki bas lagi kerana ayahnya akan menghantarnya ke sekolah.
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKSYEN PRASEKOLAH 2012
Deklamasi sajak oleh murid-murid tahun 6 |
Megah menerima sijil dan piala konvokesyen |
Berani dan yakin semasa persembahan murid prasekolah |
Tersenyum bangga menerima ganjaran setelah berusaha tanpa jemu |
Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh SDO Felda Tenggaroh iaitu Puan Zaleha binti Tuhid.
Majlis seperti ini kerap diadakan untuk menghargai penat lelah dan hasil usaha murid-murid dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulum. Puan Aminah binti Daim, Guru Besar SK Tenggaroh 4 telah mengingatkan murid-murid agar teruskan usaha mencipta kejayaan kerana menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Pelbagai kategori hadiah yang disediakan untuk murid-murid seperti Kedudukan Terbaik, Pencapaian Band Terbaik, Mata Pelajaran Terbaik, Ketua dan Penolong, Kedatangan Terbaik, Pengawas dan Pustakawan Tahun 6 serta Tokoh Kurikulum dan Kokurikulum 2012. Tokoh Kurikulum pada tahun ini dinobatkan untuk Adik Izzat Ikmal bin Ismail dan Tokoh Kokurikulum pula khas buat Adik Muhamad Akmal bin Mustafa.
Wednesday, 7 November 2012
NOTA TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF
b) Harga makanan di restoran itu terlalu mahal.
c) Dania berasa sangat gembira kerana dia mendapat keputusan peperiksaan PMR yang
cemerlang.
- Tayar basikal abang kempis kerana kurang angin.
- Si Luncai meraba-raba perutnya yang buncit itu kerana kekenyangan.
2. Kata adjektif cara
- Aly berjalan dengan cepat kerana dia sudah lewat ke sekolah.
- Air Sungai Congak mengalir dengan deras sekali.
- Penglihatan datuk sudah tidak berapa jelas sejak akhir-akhir ini.
3. Kata adjektif jarak
- Kak Long jarang pulang ke rumah ibu kerana mereka sekeluarga tinggal agak jauh.
- Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir.
- Tempat kejadian tanah runtuh itu berlaku dekat sekali dengan kebun datuk saya.
4. Kata adjektif sifatan atau keadaan
- Rajendran berasa tidak berapa sihat pada hari ini.
- Kulit bayi yang baru dilahirkan amat lembut.
- Oleh sebab terlalu cerdik, Raihana telah terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam kuiz itu.
5. Kata adjektif ukuran
- Orang ramai terpaksa berbaris panjang untuk membeli novel terbaharu itu.
- Masyarakat Cina akan mengadakan makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina.
- Bil elektrik di premis itu pada bulan ini melambung tinggi.
6. Kata adjektif waktu
- Setiap hari, Nawwar keluar awal kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas.
- Masa yang diperlukan untuk menenun kain songket agak lama.
- Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja itu agak suntuk.
7. Kata adjektif warna
- Isi mangga yang sudah masak itu berwarna kuning.
- Kereta yang baru dibeli oleh ayah berwarna hitam.
- Kita perlu membuang kertas ke dalam tong kitar semula yang berwarna kuning.
8. Kata adjektif pancaindera
- Masakan ibu sememangnya sedap.
- Budak yang comel itu bernama Nurul Amirah.
- Jeritan kanak-kanak yang sedang bermain di padang kenderangan nyaring sekali.
9. Kata adjektif perasaan
- Haniza berasa segan untuk tinggal lebih lama di rumah bapa saudaranya.
- Saya turut gembira dengan kejayaan abang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
- Iskandar amat sayang akan biola peninggalan datuknya itu.
- Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
- Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
- Kata adjektif boleh diiringi kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
- Berikut ialah ayat contoh bagi kata penguat yang mengiringi kata adjektif.
b) Harga makanan di restoran itu terlalu mahal.
c) Dania berasa sangat gembira kerana dia mendapat keputusan peperiksaan PMR yang
cemerlang.
- Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis :
- Kata adjektif bentuk
- Tayar basikal abang kempis kerana kurang angin.
- Si Luncai meraba-raba perutnya yang buncit itu kerana kekenyangan.
2. Kata adjektif cara
- Aly berjalan dengan cepat kerana dia sudah lewat ke sekolah.
- Air Sungai Congak mengalir dengan deras sekali.
- Penglihatan datuk sudah tidak berapa jelas sejak akhir-akhir ini.
3. Kata adjektif jarak
- Kak Long jarang pulang ke rumah ibu kerana mereka sekeluarga tinggal agak jauh.
- Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir.
- Tempat kejadian tanah runtuh itu berlaku dekat sekali dengan kebun datuk saya.
4. Kata adjektif sifatan atau keadaan
- Rajendran berasa tidak berapa sihat pada hari ini.
- Kulit bayi yang baru dilahirkan amat lembut.
- Oleh sebab terlalu cerdik, Raihana telah terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam kuiz itu.
5. Kata adjektif ukuran
- Orang ramai terpaksa berbaris panjang untuk membeli novel terbaharu itu.
- Masyarakat Cina akan mengadakan makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina.
- Bil elektrik di premis itu pada bulan ini melambung tinggi.
6. Kata adjektif waktu
- Setiap hari, Nawwar keluar awal kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas.
- Masa yang diperlukan untuk menenun kain songket agak lama.
- Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja itu agak suntuk.
7. Kata adjektif warna
- Isi mangga yang sudah masak itu berwarna kuning.
- Kereta yang baru dibeli oleh ayah berwarna hitam.
- Kita perlu membuang kertas ke dalam tong kitar semula yang berwarna kuning.
8. Kata adjektif pancaindera
- Masakan ibu sememangnya sedap.
- Budak yang comel itu bernama Nurul Amirah.
- Jeritan kanak-kanak yang sedang bermain di padang kenderangan nyaring sekali.
9. Kata adjektif perasaan
- Haniza berasa segan untuk tinggal lebih lama di rumah bapa saudaranya.
- Saya turut gembira dengan kejayaan abang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
- Iskandar amat sayang akan biola peninggalan datuknya itu.
JAMUAN TAHUN 6 2012
Berselera menikmati jamuan bersama-sama rakan |
Kreativiti murid menghias meja jamuan membangkit selera |
Meja jamuan dihias bagai hotel lima bintang,syabas atas kerjasamm kumpulan |
Sabar menanti untuk menjamu selera dengan juadah yang menarik |
Pada 2 November 2012, murid-murid tahun 6 dengan kerjasama guru kelas telah mengadakan jamuan akhir tahun sebelum melangkah ke sekolah menengah. Jamuan ini diadakan sebagai aktiviti terakhir murid tahun 6 pada tahun ini. Jamuan ini jua diadakan khas untuk menjamu guru-guru sebagai menghargai jasa setelah hampir 7 tahun mereka berada di SK Tenggaroh 04. Segala persiapan meja dan peralatan dilakukan oleh murid-murid sendiri hasil kerjasama kumpulan, sehinggalah terhasil meja-meja jamuan bagaikan berada di hotel empat bintang. Sebagai guru kelas, cikgu berharap jamuan yang diadakan ini dapat dijadikan salah satu kenangan terindah sepanjang berada di sekolah rendah. Harapan cikgu agar anak-anak didikku akan terus mengorak kejayaan dan kecemerlangan ketika di sekolah menengah kelak.
Thursday, 1 November 2012
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012
Murid-murid beratur untuk membuat aktiviti regangan sebelum berlari |
Murid perempuan dan lelaki bawah 10 bersedia untuk berlumba bagi menempa nama |
Dengan semangat kesukanan tetap meneruskan larian |
Jelas kelihatan perbezaan usia tetapi tetap meneruskan aktiviti |
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 17
Kegembiraan jelas terpancar pada air muka anak didikku |
Padang yang lecak tidak membatas semangat kesukanan |
Semangat yang kental untuk menjadi juara |
Bangga untuk mendapat habuan atas penat lelah |
Subscribe to:
Posts (Atom)