- Surat tidak rasmi ditulis kepada seseorang yang rapat dengan kita seperti adik-beradik, saudara-mara, atau sahabat handai.
- Kandungan surat biasanya tentang hal peribadi seperti mengucapkan tahniah atau takziah, menceritakan sesuatu perkara dan sebagainya.
- Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat dan padat.
- Penggunaan ungkapan yang menarik seperti peribahasa dalam penulisan surat kiraman tidak rasmi amat digalakkan agar kandungan surat menarik perhatian pembaca.
Latihan
Pada cuti sekolah nanti,kamu sekeluarga bercadang untuk menziarahi nenek kamu di kampung. Tulis sepucuk surat kepada nenek kamu itu untuk menyatakan hasrat tersebut.
Rangka karangan
Pendahuluan
- alamat lengkap pengirim - tarikh
Idea 1 - pembuka kata - salam sayang kepada nenda berdua - keluarga sihat sejahtera
Idea 2 - keluarga berkirim salam - mendoakan kesihatan nenda - risau akan kesihatan nenda
Ide 3 - cuti sekolah hampir tiba - bercadang pulang ke kampung
Idea 4 - menyewa bot dan memancing ikan - persisiran pantai Kuala Perlis
Penutup - berjanji akan mengutus surat lagi - salam kasih dan sayang
120,Jalan Desa Melur,
Taman Desa Melur,
Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.
8 November 2012.
Menemui nenda suami isteri yang berada di Kampung Seberang Rahmal, Kuala Perlis. Ketika cucunda menulis surat ini, cucunda sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Diharapkan
nenda berdua juga dalam payung kerahmatan Yang Maha Esa.
Nenda yang disayangi,
Ayahanda dan bonda berkirim salam kepada nenda berdua. Kami selalu berdoa semoga nenda berdua dalam keadaan sihat sejahtera. Kadang-kadang ayahanda dan bonda risau memikirkan keadaan dan kesihatan nenda yang tinggal berdua sahaja di kampung. Kami berharap agar nenda berdua sentiasa menjaga kesihatan terutama pemakanan nenda setiap hari.
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.Untuk pengetahuan nenda,kami bercadang untuk pulang ke kampung bagi mengziarahi nenda berdua.Di samping itu, cucunda juga ingin melepaskan rasa rindu terhadap nenda berdua kerana sudah agak lama juga kami tidak berjumpa dengan nenda berdua. Cucunda tidak sabar-sabar menanti cuti persekolahan tiba untuk bertemu dengan nenda dan menghabiskan cuti bersama-sama.
Ayahanda telah menyuarakan hasratnya ingin menyewa sebuah bot untuk membawa kami memancing ikan, terutama ikan kerapu di Laut Cina Selatan di kawasan persisiran pantai Kuala Perlis. Kata ayahanda, terdapat banyak ikan kerapu di persisiran pantai Kuala Perlis dan saiznya pula besar-besar. Nenda bolehlah turut serta dalam aktiviti memancing ini nanti. Cucunda tidak sabar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman ketika berada di lautan besar nanti. Cucunda dapat rasakan keseronokan yang menanti.
Nampaknya sudah panjang lebar cucunda menulis warkah buat tatapan nenda berdua kali ini. Jika ada kelapangan, cucunda akan menulis surat lagi. Cucunda akhiri dengan ucapan salam kasih sayang daripada kami di sini.
Sekian terima kasih.
Cucunda yang jauh,
natasha
Terima kasih
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete