- Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
- Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
- Kata adjektif boleh diiringi kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
- Berikut ialah ayat contoh bagi kata penguat yang mengiringi kata adjektif.
b) Harga makanan di restoran itu terlalu mahal.
c) Dania berasa sangat gembira kerana dia mendapat keputusan peperiksaan PMR yang
cemerlang.
- Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis :
- Kata adjektif bentuk
- Tayar basikal abang kempis kerana kurang angin.
- Si Luncai meraba-raba perutnya yang buncit itu kerana kekenyangan.
2. Kata adjektif cara
- Aly berjalan dengan cepat kerana dia sudah lewat ke sekolah.
- Air Sungai Congak mengalir dengan deras sekali.
- Penglihatan datuk sudah tidak berapa jelas sejak akhir-akhir ini.
3. Kata adjektif jarak
- Kak Long jarang pulang ke rumah ibu kerana mereka sekeluarga tinggal agak jauh.
- Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir.
- Tempat kejadian tanah runtuh itu berlaku dekat sekali dengan kebun datuk saya.
4. Kata adjektif sifatan atau keadaan
- Rajendran berasa tidak berapa sihat pada hari ini.
- Kulit bayi yang baru dilahirkan amat lembut.
- Oleh sebab terlalu cerdik, Raihana telah terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam kuiz itu.
5. Kata adjektif ukuran
- Orang ramai terpaksa berbaris panjang untuk membeli novel terbaharu itu.
- Masyarakat Cina akan mengadakan makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina.
- Bil elektrik di premis itu pada bulan ini melambung tinggi.
6. Kata adjektif waktu
- Setiap hari, Nawwar keluar awal kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas.
- Masa yang diperlukan untuk menenun kain songket agak lama.
- Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja itu agak suntuk.
7. Kata adjektif warna
- Isi mangga yang sudah masak itu berwarna kuning.
- Kereta yang baru dibeli oleh ayah berwarna hitam.
- Kita perlu membuang kertas ke dalam tong kitar semula yang berwarna kuning.
8. Kata adjektif pancaindera
- Masakan ibu sememangnya sedap.
- Budak yang comel itu bernama Nurul Amirah.
- Jeritan kanak-kanak yang sedang bermain di padang kenderangan nyaring sekali.
9. Kata adjektif perasaan
- Haniza berasa segan untuk tinggal lebih lama di rumah bapa saudaranya.
- Saya turut gembira dengan kejayaan abang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
- Iskandar amat sayang akan biola peninggalan datuknya itu.
No comments:
Post a Comment